Assalam & Hello!! Kenapa ye pagi ni semuanya serba tak kena? Kenapa cepat sangat Monday datang.. kenapa Monday after Sunday.. kenapa??? kenapa??? Amboii.. macam2 u olls kan.. Biasalah bila jadi superwomen macam CikMel, hari Sabtu & Ahad merupakan hari yang amat2 penting pada CikMel. Manakan tidak.. 2 hari itulah yang CikMel gunakan untuk mengemas, melipat dan lain-lain lagi. Dan sebenarnya 2 hari itu jugalah CikMel gunakan untuk bawa anak3 kesayangan keluar berjalan2.. walaupun sekejap tapi rutin ni memang CikMel akan buat.. yelah cuba u olls bayangkan ISNIN - JUMAAT : 8.00 - 5.00 kerja pendek kata keluar rumah gelap balik pun gelap..so bila malam, badan pun dah penat anak3 pun dah mengantuk coz seharian bersekolah.. jadi paling kuat pun CikMel hanya sempat berbual dalam 2-3 jam. Belum lagi dikira malam ada kelas Iqraq dan sebagainya.. CikMel percaya kawan2 yang menghadapi situasi sama macam CikMel faham dengan apa yang cuba CikMel sampaikan. ...