Skip to main content

Let's ZUMBA2 For MAKNA



Assalam & Hello!!

Kenapa ye pagi ni semuanya serba tak kena? Kenapa cepat sangat Monday datang..
kenapa Monday after Sunday.. kenapa??? kenapa???
Amboii.. macam2 u olls kan.. Biasalah bila jadi superwomen macam CikMel, hari Sabtu & Ahad merupakan hari yang amat2 penting pada CikMel. Manakan tidak.. 2 hari itulah yang CikMel gunakan untuk mengemas, melipat dan lain-lain lagi. Dan sebenarnya 2 hari itu jugalah CikMel gunakan untuk bawa anak3 kesayangan keluar berjalan2.. walaupun sekejap tapi rutin ni memang CikMel akan buat.. yelah cuba u olls bayangkan

ISNIN - JUMAAT : 8.00 - 5.00 kerja
  
pendek kata keluar rumah gelap balik pun gelap..so bila malam, badan pun dah penat anak3 pun dah mengantuk coz seharian bersekolah.. jadi paling kuat pun CikMel hanya sempat berbual dalam 2-3 jam. Belum lagi dikira malam ada kelas Iqraq dan sebagainya.. CikMel percaya kawan2 yang menghadapi situasi sama macam CikMel faham dengan apa yang cuba CikMel sampaikan.
Namun, itu semuanya dugaan dan cabaran hidup. Sebagai golongan kebanyakan aka marhain macam CikMel, usaha dan tawakal banyak2 semoga Allah tunjukkan jalan. Betul tak? Kalau nak merungut je hidup tetap sama.. jadi apa kata sama2 kita beryukur, mungkin ada kalangan yang lebih susah jika nak dibandingkan dengan kesusahan yang CikMel hadapi..

Sebenarnya CikMel nk story mory morning glory (kiikikikkiki) program sekolah CikMel pada minggu ini. Seriously, sebelum event ini berlangsung macam2 hal yang CikMel & team perlu fikirkan.. mana nak dapatkan sponsor, mana nak siapkan hadiah2, mana nak dapatkan tempat, perlu bincangkan tentang kos yang akan digunakan dll. Alhamdulillah team CikMel berjaya menghadapi dan merancang segalanya dengan tip tooppp..
u go GIRL ( you know who you are.. )

Basically, program ini adalah salah satu tugas yang perlu CikMel dan team jalankan bagi memenuhi subjek Pembangunan Masyarakat CikMel. Jadi kami telah memilih untuk mengadakan program kerjasama diantara UUM + Ladies Fit Club + MAKNA dengan mengadakan program yang menjadi kesukaan kaum-kaum wanita masa kini, abad ini..(ecehhh) iaitu... jengggjengggjenggg

ZUMBA


Pada asalnya target yang ditetapkan untuk menjalankan program ini adalah seramai max 300 penyertaan!!! wowwwww dalam hati CikMel memang rasanya kurang yakin untuk mencapai target ini. Pelbagai cara kami laksanakan untuk mendapatkan jumlah peserta dan mempromosikan program ini. Dan akhirnya hasil kerjasama team (3 kolaborasi) yang hebat, seramai lebih kurang 150++ peserta  menjayakan program ini!!!!!
CikMel percaya, niat yang baik akan diberikan kemudahan dan jalan yang baik. Dan akhirnya program berlangsung dengan kegembiraan, tawa dan paling penting peserta amat berpuas hati dengan apa yang disediakan. MAKNA?? lupa CikMel nak jelaskan, kaunter MAKNA yang disediakan pada hari tersebut juga diserbu dengan pelbagai pertanyaan.. namun dengan kehadiran urusetia yang sangat2 kebaboomm.. semuanya kami harungi bersama dan bersamaaa dan bersamaaa..Sumbangan juga telah dimasukkan ke dalam tabung MAKNA seperti yang telah dipersetujui pada awalnya. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.. walaupun sumbangan yang diperolehi tidaklah sebanyak mana, namun CikMel percaya ianya masih boleh digunakan bagi membantu golongan yang memerlukan. InshaAllah..






Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Tanpa usaha dan kerjasama diantara ahli mungkin program ini tidak dapat dijalankan seperti apa yang dirancangkan. Segala kekurangan & kelemahan dari pihak urusetia CikMel mohon ampun dan maaf, semoga kita dapat bekerjasama lagi untuk program yang akan datang. Kepada suami dan anak3, maafkan mama kerana terpaksa bertugas pada hari yang sepatutnya mama ada bersama kamu.. mama tahu suami dan anak3 mama fahamkan??? nanti mama bawak jalan2 ok?? -Iloveusomuch -




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Damien, Dareus & Dzarith

Assalam & Hii !! Sebenarnya watak2 di atas adalah nama kepada syurga murga kesayangan CikMel dan Encik Hensom. Mana dapat idea nama2 tu??? Sebenarnya CikMel dan Encik Hensom takdelah membuat persediaan awal untuk cari nama anak2.. apa yang terlintas, rasa sedap je terus decide untuk tetapkan. Tapi takdelah sampai tak research langsungkan.. Poncenya isu terjadi bila nama anak sulung CikMel namakan sebagai anaknda Mohamad Damien Mikhail bin Zaharin. Banyak cerita sebenarnya mengenai nama tersebut. Cuba u olls tengok ejaan Mohamad?? pun dah lain kan?? hihihiih ok jangan pelik, sebenarnya kaunter JPN tu yang salah eja. Redha jelah.. yelah benda-benda ni kan kerja Encik Hensom. Kalau CikMel, opkos CikMel mintak kaunter JPN tu buat pembetulan sampai CikMel puas hati. kalau dah Encik Hensom yang pergi.. alamatnya redhOOOOO Airways jelah.. Bila letak nama Damien, ada yang isukan nama ni as a nama yang tak baik. Hanya disebabkan nama tersebut telah digunakan didala...

This is Me..

Assalam & Hello !! Kepada yang menantikan post pertama CikMel, ( ada yang tunggu ke.. feeling sangat)  jom kita berkenalan dulu. Apa yang u olls nak tau ye? Memandangkan 1st time CikMel menulis.. CikMel belanja sikit maklumat diri CikMel ye. Sikit je tau.. (kalau nak tau banyak kena stay dengan blog CikMel ye sokmo ) Nama panggilan : Cikmel/ Mama Mel/ Kakcik Status : Isteri kepada suami yang kacak &  Ibu kepada 3 orang c ahayamata yang comel Asal : Kelantan Hobi : kraftangan/ Memasak 

Doa Penenang Jiwa

                                                                      Assalam & Hello !!!   Lama CikMel tinggalkan blog kesayangan ini. Biasalah, banyak masa yang perlu CikMel tumpukan kepada tugas-tugas hakiki CikMel.. ewahh sibuk kalah retiss kan.. yelah.. CikMel ni makan gaji u oolss.. jadi apa yang telah tertulis merupakan tanggungjawab CikMel maka itulah yang kono eden settlekan hihihihihi Tiba-tiba hari ini CikMel ada sikit masa terluang.. banyak benda yang menari-nari dalam fikiran CikMel.. #anak # family #anak # family ehh... macam sama je??? yelah minggu lepas ada kelas, jadi Sabtu & Ahad Mrs . Pa...