Skip to main content

Damien, Dareus & Dzarith



Assalam & Hii !!

Sebenarnya watak2 di atas adalah nama kepada syurga murga kesayangan CikMel dan Encik Hensom. Mana dapat idea nama2 tu??? Sebenarnya CikMel dan Encik Hensom takdelah membuat persediaan awal untuk cari nama anak2.. apa yang terlintas, rasa sedap je terus decide untuk tetapkan. Tapi takdelah sampai tak research langsungkan..

Poncenya isu terjadi bila nama anak sulung CikMel namakan sebagai anaknda Mohamad Damien Mikhail bin Zaharin. Banyak cerita sebenarnya mengenai nama tersebut. Cuba u olls tengok ejaan Mohamad?? pun dah lain kan?? hihihiih ok jangan pelik, sebenarnya kaunter JPN tu yang salah eja. Redha jelah..
yelah benda-benda ni kan kerja Encik Hensom. Kalau CikMel, opkos CikMel mintak kaunter JPN tu buat pembetulan sampai CikMel puas hati. kalau dah Encik Hensom yang pergi.. alamatnya redhOOOOO Airways jelah..

Bila letak nama Damien, ada yang isukan nama ni as a nama yang tak baik. Hanya disebabkan nama tersebut telah digunakan didalam 1 movie dengan memegang watak yang tidak baik.. alahaii typical$%#$^$%&$&$*^
Bukan tak percaya tapi CikMel mempunyai pandangan yang berbeza. ehhh Malaysia bebaskan bersuara??? hahahhaha
Pada CikMel, nama tidaklah 100% melambangkan peribadi seseorang. Pembentukan peribadi yang baik perlulah diunsurkan dengan didikan, asuhan dan pengisian yang baik. Macam kain putih.. kita perlu mencorakkan supaya ianya terhasil dengan penuh keindahan.. Itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.. Kalau ada yang di luar tu mengatakan bahawa peranan sebagai ibubapa sangat entengggg memang sadakallah le jawabnya.. Jadi positifkanlah diri kita, kita bebas memilih untuk menanam sikap positif supaya apa yang kita usahakan juga diterima sebagai suatu yang positif di mata orang lain.

Dann.. Damien aka abanglong dah membesar bagai johan. Sekarang umur abanglong dah masuk 9 tahun. Abanglong ni CikMel tengok cara dia memang abang2 sangat. memang cepat matang agaknya ye anak sulong?? tapi dalam hati tetap ada taman.. sensitif dan sekarang ni memang dia cepat sentapPP.. alahai anak.. manja tetap manja.. bila tengok anak3 membesar macam cepatnya masa berlalu.. setahun kononnya 365 hari tapi CikMel rasa pejam celik pejam celik anak3 dah besar.. sampai suatu masa dah nak masuk asrama, kahwin dll.. cepatnya masa kan???
Sebenarnya nama Damien CikMel & Encik Hensom pilih berdasarkan dan berpegang kepada makna di bawah :




( Nama Damien originalnya berasal dari bahasa Laki-laki. Nama spesial tersebut memiliki definisi dan arti Manis Dan Tidak Berbahaya. Ide menarik dalam memberikan nama bayi dengan nama Damien lebih pantas untuk bayi / anak berjenis kelamin Laki-laki.

The meaning of Damien in Greek is Sweet and Harmless. It is a baby boy name.
Adapun deretan nama nama bayi memiliki persamaan arti nama setidaknya mirip dengan (Damien = Manis Dan Tidak Berbahaya) adalah:
Amable (Latin=Manis) – Candie (American=Terang – Manis) – Candy (American=Terang – Manis) – Damian (Greek=Manis Dan Tidak Berbahaya) – Damien (Greek=Manis Dan Tidak Berbahaya) – Dulce (Spanish=Manis) – Dulcea (Spanish=Manis) – Kizzy (Biblical=Kayu Manis) – Lolovivi (African=Cinta Itu Manis) – Mandelina (American=Manis) – Nalo (African=Manis) – Rhaxma (African=Manis) – Shirin (Persian=Manis)

Maniskan???? manisskan???
ok kepada yang mempunyai rancangan untuk menamakan anak dengan nama Damien, so jangan takut coz maksud nama ni sebenarnya hanyalah berdasarkan kefahaman kita as a manusia, corak dan selebihnya adalah kebenaran dan ketentuan dari yang esa.








Untuk anaknda yang kedua, CikMel & Encik Hensom namakan dia Mohamad Dareus Haiqal bin Zaharin (kekal dengan Mohamad walau salah eja) Anaknda kedua CikMel ni waktu baby sangat2 senang untuk di jaga. Memang pendek kata dalam pantang tu CikMel memang tidur lenalah. diammmm je...  memang sangat2 menyenangkan. Mungkin juga disebabkan CikMel terpaksa berpantang sendiri ( mama & ayah mengerjakan ibadah haji) jadi Allah mudahkan CikMel untuk menghadapinya. Namun sewaktu CikMel berpantang, pada 11.11.2010 CikMel mendapat panggilan daripada kakna (kakak sulong CikMel) diikuti oleh abangmie (abang CikMel) memaklumkan bahawa ayah telah pergi meninggalkan kami semua di tempat yang terpilih tu.. tak dapat digambarkan perasaan CikMel pada ketika itu. Tapi CikMel kuatkan hati, pujuk supaya percaya bahawa qada & qadar Allah dah tentukan.. dan CikMel amat2 bersyukur perginya di tanah suci Allah.. (sedih tu simpan dalam hati jer...)
ok. kita tukar mood balik.. Dareus ni maksudnya adalah :


(Kata Darius yang bermakna dapat dipercaya, dapat diandalkan. penolong, penuh keyakinan. memiliki kekuatan dari dalam. selalu diberkati. menarik. penyayang dan penuh perhatian.)
(CikMel tukar ejaan je.. bagi cunnn)


Anak kedua ni *abangngah CikMel tengok dia lebih kental dari abanglong. Lebih *aktif* segalanya lebihlah.. tapi kalau bab menjaga adik memang abangngah yang champion, cepat merajuk tapi cepat recover balik.. kalau ada kat rumah memang kecohlah tapi kalau takde abangngah sunyi sangat...




Seterusnya, anak CikMel yang ketiga (last last.. hahahah) Muhammad Dzarith Iman bin Zaharin ( ejaan Muhammad dah dibetulkan) Umur dia baru 1 tahun 8++ bulan. Nama ni pulak CikMel dapat hasil dari kebetulan baca paper hari Ahad tup2 ada entry mengenai family Eizlan Yusof (retiss tu) then terbaca nama anak dia.. Dzarith.. terus CikMel terpikat ter ter ter... Itulah kesahnya.. simplekan??






[ Encik Hensom & Abanglong & Abangngah ]























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

This is Me..

Assalam & Hello !! Kepada yang menantikan post pertama CikMel, ( ada yang tunggu ke.. feeling sangat)  jom kita berkenalan dulu. Apa yang u olls nak tau ye? Memandangkan 1st time CikMel menulis.. CikMel belanja sikit maklumat diri CikMel ye. Sikit je tau.. (kalau nak tau banyak kena stay dengan blog CikMel ye sokmo ) Nama panggilan : Cikmel/ Mama Mel/ Kakcik Status : Isteri kepada suami yang kacak &  Ibu kepada 3 orang c ahayamata yang comel Asal : Kelantan Hobi : kraftangan/ Memasak 

Let's ZUMBA2 For MAKNA

Assalam & Hello!! Kenapa ye pagi ni semuanya serba tak kena? Kenapa cepat sangat Monday datang.. kenapa Monday after Sunday.. kenapa??? kenapa??? Amboii.. macam2 u olls kan.. Biasalah bila jadi superwomen macam CikMel, hari Sabtu & Ahad merupakan hari yang amat2 penting pada CikMel. Manakan tidak.. 2 hari itulah yang CikMel gunakan untuk mengemas, melipat dan lain-lain lagi. Dan sebenarnya 2 hari itu jugalah CikMel gunakan untuk bawa anak3 kesayangan keluar berjalan2.. walaupun sekejap tapi rutin ni memang CikMel akan buat.. yelah cuba u olls bayangkan ISNIN - JUMAAT : 8.00 - 5.00 kerja    pendek kata keluar rumah gelap balik pun gelap..so bila malam, badan pun dah penat anak3 pun dah mengantuk coz seharian bersekolah.. jadi paling kuat pun CikMel hanya sempat berbual dalam 2-3 jam. Belum lagi dikira malam ada kelas Iqraq dan sebagainya.. CikMel percaya kawan2 yang menghadapi situasi sama macam CikMel faham dengan apa yang cuba CikMel sampaikan. ...