Assalam & Hello!!!
Bila CikMel godek-godek gambar dalam telefon, terpandang satu gambar yang mencuit-cuit hati CikMel ni hah.. dia seru-seru CikMel dah macam hantu Juonn..
memang mengancam habislah. Pendek kata kalau selagi tak dapat ni
Tidur malamku tak lena
mandi tak basahlahhhh
CikMel confirm yang u olls juga akan terguda dengan keseksian benda alah ni
jengggg jengg jenggggg
makhluk itu adalaaaahHHHHHHHHHHHHH
Ketam Masam Manis Kak Iti
kenapa kak Iti? Kak Iti ni kakak ipar CikMel merangkap kakak kepada En. Hensom dihatiku. [Takdelah hensom sangat.. ala-ala Bereddpittt je.. hahahhaha]
Merangkap kepada kakak ipar yang sangat2 pandai memasak dan yang paling penting tak lokek untuk kongsikan resepi yang very kebaboom tu. Jadi hari ini CikMel bermurah hati nak kongsikan resepi yang CikMel dapat setelah CikMel bertestimoni sendiri di rumah dan hasilnya memang tinggal tulang je u ollss.. hahahahhaha
Dan CikMel juga pernah menjamu sahabat di pejabat dan dari feedback dorang, memang sangat2 marvelous lah.. tak pedas tak masam dan tak manis sangat. Sesedap tekak je.. Dan yang paling win bile makan dengan Nasi panas.. digabungkan dengan air sirap limau dan sayur brokoli yang dicampur dengan potongan cendawan butang dan lobak merah yang rangupp.. wowWWWWW
OK dah boleh tutup balik mulut tadi. CikMel tau u olls tengah membayangkan ketam seksi ni kan?? kikikikikiki
CikMel sertakan resepi ini untuk panduan semua
Bahan-Bahan
1. Ketam / 2-3 ekor
2. telur ayam - 2 biji
3. bawang putih / 6-8 ulas
4. serai 3 batang
5. daun bawang
6. tomato
7. sos cili
8. sos masam manis adabi
9. garam & gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan
1. Tumiskan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau/ kekuningan. Selepas itu, masukkan ketam dan juga air sebanyak mana yang perlu untuk dijadikan kuah.
2. Seterusnya, masukkan sos cili dan sos masam manis serta garam & gula secukup rasa. Biarkan di dalam 5-10 minit sehingga ketam kemerahan @ ibu2 boleh tutupkan dahulu masakan tersebut agar ketam masak dengan rasi.
3. Seterusnya pecahkan telur ke dalam masakan. Jangan lupa untuk merasa masakan dari masa ke semasa. Disebabkan kita telah menggunakan sos masam manis jadi CikMel nak ingatkan supaya ibu2 tidak memasukkan garam dengan terlalu banyak. Nanti terlebih masin encik ketam tu
4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan tomato dalam 5 saat terus tutup api. kalau sayur terlebih masak pun tak feel jugak kan.. ok siap untuk dimakan. Jangan tak cuba tau. resepi yang sangat simple. Mengambil masa penyediaan dalam 15-20 minit.. atau paling lama pun setengah jam je.
Selamat menjamu selera..

mnta tlg mama hot bwk ketam ni ms kelas sem depan... hehe
ReplyDeletehahhahahahhahahha
Deletenampak menyelerakan nak try lh resepi mamamel nie....
ReplyDeletelapar lapar lapar
ReplyDelete