Skip to main content

Doa Penenang Jiwa



                                                                      Assalam & Hello !!!


 Lama CikMel tinggalkan blog kesayangan ini. Biasalah, banyak masa yang perlu CikMel tumpukan kepada tugas-tugas hakiki CikMel..
ewahh sibuk kalah retiss kan..

yelah.. CikMel ni makan gaji u oolss.. jadi apa yang telah tertulis merupakan tanggungjawab CikMel maka itulah yang kono eden settlekan hihihihihi

Tiba-tiba hari ini CikMel ada sikit masa terluang.. banyak benda yang menari-nari dalam fikiran CikMel..

#anak
#family
#anak
#family

ehh... macam sama je??? yelah minggu lepas ada kelas, jadi Sabtu & Ahad Mrs. Papa yang uruskan semuanya. TQ hensom..

Kawan-kawan semua kalau ada free time in between masa yang sangat sibuk tu, apa yang terlintas di fikiran anda? Adakah anda akan memikirkan keseronokan bermain game Pokémon?

atau anda memikirkan keenakan masakan kedai tomyam berdekatan rumah anda? atau anda memikirkan perancangan untuk shopping shopping shopping atau??? Banyak perkara yang bermain difikiran kita.. dan CikMel percaya manusia dicipta dengan kebolehan dan pemikiran yang berbeza-beza. Walaupun pepatah mengatakan bahawa rambut sama hitam tapi hati tetap lain-lain..

Kadangkala, setelah kita penat bekerja seharian, balik rumah kita lupa tanggungjawab besar yang menanti. Anak3 yang makin membesar, memerlukan asuhan, belaian dari kita. CikMel tidak terkecuali dari situasi ni. Yelah.. dahlah penat di opis belum habis.. balik rumah anak3 berperang nak kan itu dan ini.. adoiii matilanakkk

Tapi cuba u olls bayangkan, pernah tak bila anak3 tiada di rumah, suatu perasaan yang sepi kosong.. macam ada benda yang tak lengkap.. pernah tak????
kan??? kan??? kan???

Itulah hebatnya kuasa AllahSWT. Dia beri kita segala ujian, penat jerih untuk mengajar kita erti saling melengkapi diantara satu dan lain. Itu belum CikMel cerita isu other half yang bekerja di luar kawasan.. ni yang CikMel nak nyanyi lagu Najwa Latif ni..

Kosonggg
kosonggg kosongggg
[ bagilah cannnnn...]

Oleh itu, ostazah CikMel nak share doa yang mungkin perlu untuk dijadikan amalan kita bersama bagi menempuh dugaan dan cubaan pentasss doniaa u olls.

Semua manusia dilahirkan dengan pengalaman yang berbeza
masam manis kehidupan yang banyak memberi pengajaran untuk kita meredah ranjau kehidupan,
menjadi pengajaran dan pegangan untuk masa hadapan,
menjadikan kita insan yang lebih baik.
Mungkin untuk menjadi seorang manusia yang sempurna di mata semua agak sukar
namun jangan berhenti untuk terus berusaha bagi mendapat kesempurnaan di mata

#suami
#anak3
#keluarga
#masyarakat
#semua ciptaanNya

 Dan yang paling penting

# Allah SWT the creator





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Damien, Dareus & Dzarith

Assalam & Hii !! Sebenarnya watak2 di atas adalah nama kepada syurga murga kesayangan CikMel dan Encik Hensom. Mana dapat idea nama2 tu??? Sebenarnya CikMel dan Encik Hensom takdelah membuat persediaan awal untuk cari nama anak2.. apa yang terlintas, rasa sedap je terus decide untuk tetapkan. Tapi takdelah sampai tak research langsungkan.. Poncenya isu terjadi bila nama anak sulung CikMel namakan sebagai anaknda Mohamad Damien Mikhail bin Zaharin. Banyak cerita sebenarnya mengenai nama tersebut. Cuba u olls tengok ejaan Mohamad?? pun dah lain kan?? hihihiih ok jangan pelik, sebenarnya kaunter JPN tu yang salah eja. Redha jelah.. yelah benda-benda ni kan kerja Encik Hensom. Kalau CikMel, opkos CikMel mintak kaunter JPN tu buat pembetulan sampai CikMel puas hati. kalau dah Encik Hensom yang pergi.. alamatnya redhOOOOO Airways jelah.. Bila letak nama Damien, ada yang isukan nama ni as a nama yang tak baik. Hanya disebabkan nama tersebut telah digunakan didala...

This is Me..

Assalam & Hello !! Kepada yang menantikan post pertama CikMel, ( ada yang tunggu ke.. feeling sangat)  jom kita berkenalan dulu. Apa yang u olls nak tau ye? Memandangkan 1st time CikMel menulis.. CikMel belanja sikit maklumat diri CikMel ye. Sikit je tau.. (kalau nak tau banyak kena stay dengan blog CikMel ye sokmo ) Nama panggilan : Cikmel/ Mama Mel/ Kakcik Status : Isteri kepada suami yang kacak &  Ibu kepada 3 orang c ahayamata yang comel Asal : Kelantan Hobi : kraftangan/ Memasak 

Let's ZUMBA2 For MAKNA

Assalam & Hello!! Kenapa ye pagi ni semuanya serba tak kena? Kenapa cepat sangat Monday datang.. kenapa Monday after Sunday.. kenapa??? kenapa??? Amboii.. macam2 u olls kan.. Biasalah bila jadi superwomen macam CikMel, hari Sabtu & Ahad merupakan hari yang amat2 penting pada CikMel. Manakan tidak.. 2 hari itulah yang CikMel gunakan untuk mengemas, melipat dan lain-lain lagi. Dan sebenarnya 2 hari itu jugalah CikMel gunakan untuk bawa anak3 kesayangan keluar berjalan2.. walaupun sekejap tapi rutin ni memang CikMel akan buat.. yelah cuba u olls bayangkan ISNIN - JUMAAT : 8.00 - 5.00 kerja    pendek kata keluar rumah gelap balik pun gelap..so bila malam, badan pun dah penat anak3 pun dah mengantuk coz seharian bersekolah.. jadi paling kuat pun CikMel hanya sempat berbual dalam 2-3 jam. Belum lagi dikira malam ada kelas Iqraq dan sebagainya.. CikMel percaya kawan2 yang menghadapi situasi sama macam CikMel faham dengan apa yang cuba CikMel sampaikan. ...